Thursday, October 27, 2011

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia

TEMA
Hidup Selamat
TAJUK
Berhati-hati di Jalan Raya
MASA
60 minit





Fokus Utama

Standard
Kandungan
2.4      Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.   
             
             dan ayat dengan betul.  

Standard
Pembelajaran
2.4.1  Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal
          pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat. 
              


Fokus Sampingan
Standard
Kandungan
3.5          Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.


Standard
Pembelajaran
3.5.1       Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.  







Objektif


Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.         membaca dan menyampaikan maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam bahan yang diberi.  
ii.        mencatat tiga maklumat yang betul daripada sumber yang diberi dengan menggunakan perkataan sendiri.   


Pengisian Kurikulum

Nilai : Berhati-hati, berdisiplin
Ilmu : PKJR
KBT:  BCB -  mendengar dengan teliti.
KB   - verbal linguistik
TKP -   visual ruang, verbal linguistik
EMK - Kreativiti dan Inovatif
  1.1 membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat.
  1.1.1 menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.
TMK
     

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Kata adjektif


Media

ICT, video, poster dan kad huruf, kad perkataan,dan lembaran kerja.


AKTIVITI :

1.        Permainan bahasa – teka-teki. Murid meneka bunyi kenderaan yang diperdengarkan.
a.        Bunyi 1
b.        Bunyi 2
c.        Bunyi 3
2.        Murid menonton tayangan video.
a.        Video 1
b.        Video 2
c.        Video 3
3.        Murid bersoal jawab berdasarkan video yang ditonton.
4.        Murid membaca ayat berdasarkan gambar. (rujuk buku teks halaman 64)
5.        Menulis tiga maklumat yang betul daripada sumber yang diberi menggunakan perisian Microsoft Word. (Kumpulan A dan B menggunakan perkataan sendiri. Kumpulan C secara berpandu).

PENTAKSIRAN
Murid-murid menyatakan cara-cara melintas jalan raya dengan selamat berdasarkan gambar.

IMPAK: 30 orang murid dapat menjalankan aktiviti dengan gembira.

Tuesday, October 18, 2011

Kemahiran belajar abad ke-21

Kemahiran belajar abad ke-21
1)      Kemahiran maklumat & komunikasi
-          Literasi Maklumat & media
-          Kemahiran berkomunikasi
2)      Kemahiran Berfikir Dan Menyelesaikan Masalah
-          Pemikiran kritikal dan bersistem
-          Penyelesaian masalah
-          Kreativiti & semangat meneroka
3)      Kemahiran interpersonal & arah kendiri
-          Kemahiran interpersonal dan kolaborasi
-          Arah kendiri
-          Akauntabliti & adaptasi
-          Tanggungjawab sosial

KSSR BM TAHUN 1

STANDARD PRESTASI TAHUN 1 BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR ) 2011

Perubahan kepada hasrat pendidikan
Konteks pembelajaran baru membawa perubahan kepada apa yang dijangkakan melalui pendidikan dan ini melibatkan:
- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehsesuaian untuk berubah
- Kebolehan bekerja dalam pasukan
- Kesediaan menyelesaikan masalah
- Kebolehan menganalisis dan mengkonsepsikan
-Kebolehan membuat refleksi dan menambahbaik
-Kebolehan mengurus kendiri
- Kebolehan mencipta, membuat inovasi dan mengkritik.